Monday, January 26, 2009

Sample Album-Perkahwinan

'CUSTOM ALBUM'

Gambar di atas adalah salah satu contoh design 'Custom Album' masa sekarang. Masih ramai lagi di kalangan kita tidak tahu akan kewujudan album ini...mungkin ada juga yang mengetahuinya tetapi terhad. Album ini mempunyai pelbagai corak atau design yang terkini atau gaya klasik.Material kertasnya juga berbeza..ada Glossy,Matted dan sebagainya. Begitu juga dengan saiznya yang pelbagai.
Album ini biasanya mempunyai 22 muka surat(tidak termasuk kulit). Harga kebiasaannya mengikut saiz 10''x16'' ialah RM 800.00 sahaja. Itulah sahaja sedikit sebayak mengenai 'Custom Album' ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian yang tertera di profile saya.
**Sila ke fotopages saya untuk lebih lagi sample album ini.Sample juga akan di kemaskini(update) dari masa ke semasa,harap maklum.

Monday, January 19, 2009

Kampung isteri aku di Besut,Terengganu........

Gua di Pantai Keluang,Besut Terengganu.

December 2008,aku bersama isteri pulang ke kampung halaman isteri aku di kampung Pengkalan Nyireh,Besut Terengganu. Kami ke sana untuk membawa pulang anak kami yang telah berada di sana lebih 2 minggu bersama Tok Mek dan Tok Ayahnya. Dalam perjalanan ke sana aku sempat merakam gambar di Jambatan Tasik Banding, aku ingin merakam lagi suasana pergunungan di situ,tetapi cuaca tidak mengizinkan.
Setibanya di kampung isteri aku, aku pun melabuhkan badan aku kerana keletihan. Cuaca di sana pun kurang menarik,hujan setiap masa....maklumlah musim tengkujuh. Petang itu aku lihat hujan semakin reda, aku pun mengajak biras aku bersama anak aku mencari tempat untuk aku menguji Nikon D90 aku, kami memilih Pantai Bukit Keluang menjadi destinasi kami. Di sana aku mencari "angle' dan 'subject' yang menarik untuk dirakam.
Belum puas aku merakam gambar di situ, hujan mulai turun semula. Aku tidak sempat merakam suasana di dalam gua gua di situ,hanya di bahagian luarnya sahaja. Hujan semakin lebat, aku bergegas pulang kerana risau anak aku demam. Ada destinasi lain lagi tidak sempat di rakam seperti Jeti Kuala Besut dan satu lagi pantai yang aku dah lupa namanya.
Setelah 3 hari di sana kami pun pulang ke Sungai Petani, kerana cuti tak mencukupi. Kami sempat singgah ke Rantau Panjang semasa perjalanan pulang, untuk aku membeli baju Bola Sepak kelab kesukaan aku iaitu Chelsea,Aston Villa,Barcelona dan Valencia.Kami tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 5:00 petang.Sekian.
**Sila ke fotopages aku untuk melihat gambar gambar yang aku rakam disana.

Jeti Semeling,Sg Petani Kedah



Sepetang bersama team fotografi mencari pemandangan.
Aku bersama dengan sahabat aku Yon dan Fizi keluar dari rumah aku ke jeti semeling yang terletak di sg petani jam 5.30 petang.
Tujuan kami adalah untuk mencari suasana petang untuk dirakam.
Setibanya di jeti tersebut kami singgah di kedai makan atas jeti itu dahulu untuk makan dan minum sementara menunggu senja.
Apabila waktu yang dinantikan tiba,aku yang berbekalkan Nikon D90 bersama rakan rakan aku Yon bersama dengan Nikon D70s nya serta Fizi bersama Nikon D80 nya,terus mencari posisi yang sesuai untuk merakam suasana di waktu itu. Di situ kelihatan ramai kaki kaki pancing yang melabuhkan umpannya untuk mencari kepuasan rentapan ikan di situ. Walaupun aku juga kaki pancing, petang itu aku hanya melihat sahaja kaum kaki pancing aku memuaskan nafsu mereka.(Fuuhh... ayat power).
Oklah,setelah merakam suasana di waktu itu, kami pun beredar lebih kurang jam 7.30 petang kerana azan Maghrib telah pun berkumandang.Sekian.
**Untuk melihat lebih lagi hasil kami waktu itu,sila ke fotopages aku,seperti tertera di atas.