Monday, January 19, 2009

Jeti Semeling,Sg Petani Kedah



Sepetang bersama team fotografi mencari pemandangan.
Aku bersama dengan sahabat aku Yon dan Fizi keluar dari rumah aku ke jeti semeling yang terletak di sg petani jam 5.30 petang.
Tujuan kami adalah untuk mencari suasana petang untuk dirakam.
Setibanya di jeti tersebut kami singgah di kedai makan atas jeti itu dahulu untuk makan dan minum sementara menunggu senja.
Apabila waktu yang dinantikan tiba,aku yang berbekalkan Nikon D90 bersama rakan rakan aku Yon bersama dengan Nikon D70s nya serta Fizi bersama Nikon D80 nya,terus mencari posisi yang sesuai untuk merakam suasana di waktu itu. Di situ kelihatan ramai kaki kaki pancing yang melabuhkan umpannya untuk mencari kepuasan rentapan ikan di situ. Walaupun aku juga kaki pancing, petang itu aku hanya melihat sahaja kaum kaki pancing aku memuaskan nafsu mereka.(Fuuhh... ayat power).
Oklah,setelah merakam suasana di waktu itu, kami pun beredar lebih kurang jam 7.30 petang kerana azan Maghrib telah pun berkumandang.Sekian.
**Untuk melihat lebih lagi hasil kami waktu itu,sila ke fotopages aku,seperti tertera di atas.

No comments:

Post a Comment