Monday, January 19, 2009

Kampung isteri aku di Besut,Terengganu........

Gua di Pantai Keluang,Besut Terengganu.

December 2008,aku bersama isteri pulang ke kampung halaman isteri aku di kampung Pengkalan Nyireh,Besut Terengganu. Kami ke sana untuk membawa pulang anak kami yang telah berada di sana lebih 2 minggu bersama Tok Mek dan Tok Ayahnya. Dalam perjalanan ke sana aku sempat merakam gambar di Jambatan Tasik Banding, aku ingin merakam lagi suasana pergunungan di situ,tetapi cuaca tidak mengizinkan.
Setibanya di kampung isteri aku, aku pun melabuhkan badan aku kerana keletihan. Cuaca di sana pun kurang menarik,hujan setiap masa....maklumlah musim tengkujuh. Petang itu aku lihat hujan semakin reda, aku pun mengajak biras aku bersama anak aku mencari tempat untuk aku menguji Nikon D90 aku, kami memilih Pantai Bukit Keluang menjadi destinasi kami. Di sana aku mencari "angle' dan 'subject' yang menarik untuk dirakam.
Belum puas aku merakam gambar di situ, hujan mulai turun semula. Aku tidak sempat merakam suasana di dalam gua gua di situ,hanya di bahagian luarnya sahaja. Hujan semakin lebat, aku bergegas pulang kerana risau anak aku demam. Ada destinasi lain lagi tidak sempat di rakam seperti Jeti Kuala Besut dan satu lagi pantai yang aku dah lupa namanya.
Setelah 3 hari di sana kami pun pulang ke Sungai Petani, kerana cuti tak mencukupi. Kami sempat singgah ke Rantau Panjang semasa perjalanan pulang, untuk aku membeli baju Bola Sepak kelab kesukaan aku iaitu Chelsea,Aston Villa,Barcelona dan Valencia.Kami tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 5:00 petang.Sekian.
**Sila ke fotopages aku untuk melihat gambar gambar yang aku rakam disana.

No comments:

Post a Comment